Saturday 19 January 2013

Mampu jadi pengeluar dunia



IKAN Arowana.


Kuala Lumpur 7 Nov. - Air daripada Tasik Bukit Merah dikatakan mampu menghidupkan emas. Apa yang dimaksudkan dengan 'emas' di sini adalah Arowana Asia, iaitu sejenis ikan yang nadir dan mahal.

Tasik Bukit Merah, dibina pada tahun 1906 khas untuk tujuan pengairan dan membekalkan air bagi Daerah Kerian dan Larut, merupakan tasik buatan manusia tertua di Malaysia. Tasik yang meliputi kawasan seluas 2,800 hektar ini membekalkan sumber air tak tercemar yang berterusan. 

Air tasik ini menjadi habitat semula jadi bagi banyak spesies tumbuhan dan haiwan, termasuk Arowana Emas Malaysia, salah satu daripada empat spesies istimewa Arowana Asia. Projek pembiakbakaan Arowana dekat Tasik Bukit Merah dalam Daerah Kerian, Perak telah berkembang daripada tidak sampai 10 usahawan yang mengusahakan 300 kolam pada tahun 2000 menjadi 70 perusahaan yang melibatkan 143 hektar tanah dengan 3,808 kolam pada tahun 2010.

Selain Perak, Johor merupakan satu lagi sumber pengeluaran utama bagi Arowana. Nilai Arowana yang dibiakbaka di kedua-dua negeri tersebut bagi tahun 2009 dianggarkan RM48 juta (Perak) dan RM78 juta (Johor). Hampir 95 peratus daripada hasil pengeluaran dieksport. Pengeluaran Arowana sendiri telah dapat merancakkan industri ikan perhiasan.

Industri ikan perhiasan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 43 peratus sejak tahun 2000-an, mencecah RM783 juta pada tahun 2009 dan dijangka mencapai RM1 bilion pada tahun 2011 dengan Arowana membolot RM250 juta daripada jumlah keseluruhan. 

Masa depan industri ikan perhiasan sangat memberangsangkan oleh sebab permintaan dunia terhadap Arowana dijangka meningkat pada kadar 2.5 hingga 4 peratus setahun.

Daripada segi destinasi eksport ikan perhiasan Malaysia, destinasi utama adalah negara-negara EU atau Kesatuan Eropah yang didahului oleh United Kingdom, Sepanyol dan Itali diikuti dengan Amerika Syarikat dan Taiwan manakala China menjadi sebuah destinasi yang semakin penting.

Badan-badan Kerajaan perlu bergerak seiring dengan perkembangan ini agar tidak tercicir merebut peluang menyokong usaha pembiakbakaan Arowana di Malaysia. Satu langkah yang betul ke arah ini adalah pengenalpastian bidang Pertanian sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). 

Subsektor bagi produk marin dan akuakultur di bawah NKEA merupakan tujuh peratus daripada sumbangan pertanian kepada Pendapatan Negara Kasar Malaysia pada tahun 2009. Potensi untuk meninggikan lagi angka ini pastinya berpunca daripada tumpuan yang diberi kepada subsektor terpilih yang berpotensi besar untuk menambahkan pendapatan penduduk dan ini termasuk pembiakbakaan Arowana. 

Adalah dijangkakan pendekatan yang tuntas akan diguna pakai bermula daripada pembiakbakaan membawa kepada pengedaran melibatkan perkhidmatan sokongan seperti bioteknologi dan logistik pertanian. 

Di samping itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga akan beralih daripada pertanian berskala kecil kepada syarikat berskala industri besar untuk mencapai skala ekonomi.

Kita telah pun menyaksikan sesetengah dasar ini membuahkan hasil. Contohnya, kerjasama antara Jabatan Perikanan dengan perkhidmatan kargo Malaysia Airlines telah memudahkan ikan perhiasan dieksport dari Lapangan Terbang Antarabangsa. 

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di KLIA bertanggungjawab mengeluarkan sijil kesihatan ikan, sijil asal usul dan permit lain yang dikehendaki untuk mengimport dan mengeksport ikan. Sebelum ini sebahagian besar eksport ikan perhiasan dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Baru-baru ini Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah memberi kelulusan kepada Arowana Venture Breeding Management Scheme (Skim Pengurusan Pembiakbakaan Teroka Arowana), iaitu skim minat sah-taraf pertama di Malaysia dalam bidang pembiakbakaan Arowana.

Ini adalah satu langkah yang betul ke arah itu. Skim minat tersebut membolehkan pelabur yang ikut serta dalam skim mendapat keuntungan daripada jualan anak-anak ikan Arowana Emas Kacukan Balik (Golden Cross-back Arowana). Skim seumpama itu akan menarik lebih banyak pelaburan yang diperlukan dalam industri berkenaan.

Selain membina kolam-kolam lebih besar dan menggunakan teknologi yang lebih moden, maka wang yang dilaburkan ke dalam skim itu boleh disalurkan kepada penyelidikan mengenai biologi pembiakbakaan dan tingkah laku Arowana bertujuan menambahbaik kaedah penternakan yang digunakan sekarang serta juga pembiakbakaan pilihan untuk menambahbaik kualiti dan kuantiti generasi Arowana yang akan datang. 

Oleh sebab skim ini dikawal selia dengan begitu ketat, maka setiap pihak termasuk pelabur, pembiakbaka dan industri secara keseluruhan akan mendapat faedahnya.

Namun begitu, untuk meningkatkan permintaan terhadap Arowana lebih banyak usaha boleh dilakukan seperti menganjurkan lebih banyak pertunjukan perdagangan, contohnya Akuafair yang disasarkan kepada pembiakbaka, pengeksport dan pengimport ikan perhiasan. 

Malaysia perlu meningkatkan usaha kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara Institut Penyelidikan Perikanan, universiti dan sektor swasta untuk meningkatkan kualiti ikan perhiasan termasuk Arowana. 

Selain itu lebih banyak kawasan tanah perlu diwartakan untuk usaha pembiakbakaan ikan Arowana lengkap dengan persediaan bekalan air sendiri untuk mengelakkan dari bersaing dengan bekalan air yang sangat diperlukan untuk penanaman padi.

Persaingan adalah sengit. Dari segi eksport, Singapura dan Indonesia mendahului Malaysia. Namun begitu, seperti juga dengan warna sisik ikan Arowana, industri Arowana di Malaysia mempunyai masa depan yang sangat cerah. Malaysia memiliki kelebihan dari segi air bernilai emas di Bukit Merah dan seharusnya memanfaatkan sumber ini dengan sebaik mungkin. - Utusan

Thursday 10 January 2013


The silver arowana is native to South America in the Amazon, Rupununi, and Oyapock rivers.
It is a freshwater fish that is commonly kept in aquariums. This fish will spend most of its adult life swimming near the surface feeding. It is also very aggressive towards other silver arowana.
The silver arowana is a bony fish that has a long body and very large scales. Both top and bottom fins extend all the way to the tapered tail, which are almost connected together. The mouth slants upward like a draw bridge and it has two barbels extending downward from the lower jaw. The adult fish is silver while the young will have a bluish tint and a yellow-orange stripe. The adult can reach 2.9 feet in length and weigh 13.2 lbs.
The diet of this species consists of small fish, insects, crustaceans, and other animals that float on the surface of the water; however some fish have had the remains of birds, bats, and snakes in their stomach. The silver arowana will swim just below the surface to catch its prey that is floating by. It can also jump completely out of the water to catch insects, for this reason it is sometimes called monkey fish.
The male silver arowana will carry the eggs, larvae, and young in the mouth.
Although this fish can be kept in an aquarium, it is suggested that the tank be tightly covered because of the ability to jump, and it has been known to attack the hands of people thinking it is food. Feeding silver arowana that live in an aquarium should always be food that floats on the surface to avoid injury caused by colliding with the glass while chasing the smaller fish, and a condition called dropeye. This is a condition where one eye will droop down, because the fish will turn sideways to get food that has sunk to the bottom.
Brazilians mainly use this fish for food, while Columbians capture this fish to sell for aquarium use. Although the silver arowana is not on any endangered species list, a decline in the population has prompted Brazil to prohibit fishing for this species from September 1st to November 15th, and Columbia from capturing them from November 1st to March 15th.
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Osteoglossiformes
Family: Osteoglossidae
Subfamily: Osteoglossinae

Wednesday 9 January 2013

Harga cecah RM40,000 seekor



"Bayangkan harga seekor anak ikan arowana Emas mampu mencecah antara RM2,000 hingga RM3,000 malah, harga ikan yang matang boleh mencapai harga antara RM20,000 hingga RM40,000 seekor," itu reaksi Raja PoP, Jamal Abdillah ketika ditanya mengenai keuntungan diperoleh penternak ikan hiasan itu.
Pemilik nama Jamal Ubaidillah Ali itu adalah salah seorang selebriti tanah air yang menceburkan diri dalam penternakan ikan hiasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu. 
Sambil menyifatkan ia satu industri yang memberi pula­ngan lumayan, Jamal menyeru golongan Bumiputera yang berminat menyertai industri itu. 
Beliau melabur dalam perniagaan ikan arowana itu selepas cemburu melihat kejayaan pengusaha lain memperoleh puluhan ribu sebulan hasil jualan ikan hiasan berkenaan.
"Saya mengakui mulai tertekan dengan persaingan sengit kerana industri berkenaan kini boleh diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan.
"Saya juga tidak menafikan sejak menceburi perniagaan mengeksport ikan arowana ini, ia mampu mendatangkan keuntungan lumayan," katanya. 
Katanya, ternakan ikan arowana adalah industri ikan hiasan yang semakin berkembang pesat di sekitar kawasan Bukit Merah, Perak malah banyak syarikat Bumiputera membabitkan diri dalam industri itu. 
Jamal berkata, dia kecewa dengan segelintir syarikat Bumiputera yang bersikap sambil lewa menguruskan perniagaan ikan hiasan itu menyebabkan peluang itu diambil syarikat bukan Bumiputera. 
Dia yang menceburi perniagaan itu sejak tiga tahun lalu berkata, pengusaha kolam ternakan ikan arowana perlu mempunyai sikap daya saing dan sentiasa mengutamakan perniagaan mereka," katanya. 
Sementara itu, seorang pengusaha ternakan ikan arowana, Ahmad Don berkata, dia mengakui pengusaha yang serius dalam industri ini boleh memperoleh pendapatan lumayan. 
"Seekor anak ikan arowana bersaiz tujuh sentimeter panjang mampu dijual antara RM10 hingga RM2,000 bergantung pada jenisnya. 
"Malah, jenis yang paling mahal iaitu arowana Emas yang mampu mencecah hampir RM2,000 manakala Arowana Perak (Silver) RM10 seekor," katanya. 
Katanya, buat masa ini, 100 peratus pasarannya tertumpu kepada negara China, Taiwan, Jepun, Vietnam, Thailand dan Singapura. Kira-kira 2,000 ekor anak ikan itu dieksport ke China setiap bulan. 
Ahmad yang juga Pengerusi Persatuan Penternak Arowana Utara Malaysia berkata, dia terpaksa mengeluarkan modal besar mencecah jutaan ringgit bagi mengusahakan ternakan itu malah dikenali sebagai antara perintis kepada penternakan ikan hiasan itu di Bukit Merah, Kerian. 
"Buat masa ini saya memiliki 1,000 kolam ternakan dengan setiap kolam menyimpan 20 ikan induk yang dibela bagi tujuan pembiakan," katanya. -Harian Metro

Tuesday 8 January 2013

Nilai eksport RM444j tahun lalu



RAMAI tidak mengetahui ikan arowana atau kelisa yang kini menerima jolokan ikan hiasan termahal di dunia pernah dijadikan lauk dan ikan pekasam oleh masyarakat setempat kerana ia mudah ditemui di sekitar tasik dan sungai.
Mungkin ada yang terkejut namun itu hakikatnya kerana ikan hiasan itu pernah menjadi hidangan lauk-pauk utama masyarakat tempatan terutama di sekitar Bukit Merah dan Kerian pada suatu ketika dahulu.
Kini, evolusi berlaku apabila ikan hiasan yang dianggap tuah dan 'ong' oleh masyarakat Cina itu digilai ramai sehingga ada sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit bagi mendapatkan ikan hiasan eksotik itu.

Lebih membanggakan, Malaysia kini gah di peta dunia apabila spesies termahal dari pada jenis arowana Emas (Gold) hanya boleh didapati di Bukit Merah dan Kerian, Perak.
Foto
ANTARA kolam menternak ikan arowana di Bukit Merah, Perak.

Antara spesies sering mendapat permintaan tinggi kini ialah Malaysia Golden, Golden High Back, Red Arowana, Silver Arowana dan Green Arowana.

Ikan yang turut mendapat jolokan nama Dragon Fish dan Dragon Bonytongues selain ikan peyang, tangkelesa, kelesa, siluk, kahyangan oleh beberapa etnik di Indonesia itu turut dikategorikan sebagai haiwan karnivor kerana ia menjadikan ulat, udang kering, cacing dan cengkerik sebagai makanan utama.

Malaysia boleh dianggap negara pengeluar utama ikan hiasan itu berikutan kedudukan negara beriklim khatulistiwa, sekali gus menjadi habitat terbaik untuk ikan itu membiak selain faktor kesesuaian kadar pH air.

Kadar pH air Tasik Bukit Merah, Bukit Merah antara 6.8 hingga 7.4 menjadikan ia lokasi terbaik untuk proses pembiakan ikan berkenaan di negara ini.

Selain itu, dalam satu kajian genetik dilakukan menunjukkan ikan arowana yang hidup kini berasal daripada keturunan Arapaima dan Arowana Afrika yang dianggarkan hidup kira-kira 220 juta tahun dulu.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, kerajaan sudah meletakkan ikan hiasan termasuk arowana sebagai satu bidang berkepentingan tinggi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara sehingga 2020.

Menurutnya, peluang perniagaan yang diwujudkan dalam industri berkenaan dijangka mampu menyumbang kira-kira RM600 juta kepada pendapatan negara kasar selain mewujudkan 100,000 peluang baru pekerjaan.

"Lebih penting, Malaysia akan kekal sebagai pengeluar utama ikan hiasan di dunia. Daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 hingga 15,000 ekor anak ikan arowana dihasilkan penternak di sekitar Bukit Merah.

"Ia satu perkembangan baik untuk negara. Justeru, kami juga akan memperkenalkan Standard Spesifikasi Ikan Arowana Emas Malaysia atau DOF STAN 1:2012 sebagai usaha awal untuk menjadikan ikan hiasan bernilai tinggi itu sebagai warisan negara," katanya.

Berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan, nilai eksport ikan hiasan dari Malaysia termasuk arowana Emas ke seluruh dunia mencecah nilai RM444 juta tahun lalu.

Jadi tidak hairanlah, pengu­saha kolam ternakan ikan arowana mampu bergelar jutawan dalam masa singkat sebaik menceburi industri berkenaan.

Dari sudut pemeliharaan ikan arowana, pakar Feng Shui terkenal, Stanley Tham Fook Cheong menganggap ikan hiasan berkenaan sebagai spesies yang hebat, raja ikan dan membawa tuah.

Dalam bahasa Mandarin, ia dikenali sebagai Chin Loong manakala Kantonis pula menggelarnya Kam Loong bermaksud naga emas.

Stanley berkata, pemilik ikan dianggap ada 'ong' apabila ikan yang dimiliki lebih besar dan sisik yang bercahaya.

Beliau yang berpe­ngalaman lebih 20 tahun dalam bidang feng shui berpendapat, ikan arowana mampu memberi kekayaan, kekuasaan dan kesihatan baik kepada pemiliknya. -Harian Metro

Sunday 6 January 2013

Keistimewaan Arowana




Oleh SITI HADIJAH UMOR

AROWANA terkenal sebagai ikan unik yang tidak ternilai harganya. Arowana termahal di dunia yang mencecah ribuan ringgit ialah arowana emas Malaysia, semestinya berasal dari negara ini. Kedudukan Malaysia yang mengalami iklim khatulistiwa menjadi lokasi terbaik bagi arowana membiak, sama ada di habitat semula jadi atau di dalam kolam ternakan. Ikan ini tidak boleh membiak di negara beriklim sederhana seperti Jepun, China, Thailand, Hong Kong dan Taiwan.

Walaupun terdapat pelbagai jenis arowana yang wujud di seluruh dunia seperti di Amerika Selatan, Australia dan Afrika, arowana Asia yang ada di negara ini merupakan yang paling cantik, paling berharga dan paling diminati di seluruh dunia. 

Kepada peminat dan masyarakat umum yang sangat meminati ikan hiasan ini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku Arowana Ikan Hiasan Bernilai yang kini sudah pun berada di pasaran. Buku setebal 102 halaman hasil nukilan Mohamad Zaini Suleiman ini mengandungi pelbagai maklumat yang bermanfaat tentang riwayat arowana.

Terdapat enam bab dalam kandungan buku ini yang menceritakan tentang perihal arowana. Bab pertama merungkai kisah di sebalik populariti arowana, kejayaan pembiakan arowana, asal usul arowana dan sifat fizikal arowana. Tahukah anda bahawa pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Ia juga dikenali sebagai ikan sarung golok di negeri pantai timur Malaysia. 

Selain dijual, dijadikan hidangan atau dijadikan pekasam oleh nelayan, dahulu ikan ini tidak mempunyai keistimewaan jika dibandingkan dengan ikan air tawar lain seperti lampam sungai, terbul, tembakang dan sebaru. 

Kelisa yang dahulu hidup di habitat semula jadi di hulu sungai, kini dikenali sebagai arowana dan dipelihara di dalam rumah atau di dalam pejabat kerana sering dikaitkan dengan simbol kemewahan serta kejayaan dalam kerjaya atau perniagaan seseorang.

Bab kedua menerangkan tentang jenis arowana yang terdapat di seluruh dunia dan yang dibiak di Malaysia. Terdapat tiga genus arowana di seluruh dunia, iaitu genus Scleropages, Osteoglossum dan Heterodontis yang tergolong dalam famili Osteoglossidae. Spesies yang terdapat di Malaysia dan Indonesia ialah Scleropages formosus

Terdapat tiga jenis utama arowana Asia di negara ini, iaitu arowana emas, arowana merah dan arowana hijau. Selain itu, terdapat pelbagai spesies di seluruh dunia yang tercatat dalam buku ini.

Keunikan arowana yang menyebabkannya begitu bernilai dijelaskan secara terperinci oleh penulis dalam bab ketiga. Antara keunikan arowana termasuklah warna sisik, sesungut, kelakuan dan cara pembiakan. Bab keempat pula menceritakan tentang mangsa atau makanan ikan ini yang bersifat pemangsa atau pemakan daging. 

Ikan arowana yang hidup di habitat semula jadi menjadikan apa- apa sahaja yang ada di dalam air seperti ikan, udang dan serangga termasuklah reptilia dan mamalia kecil yang termasuk ke dalam air sebagai mangsanya. 

Sementara itu, ikan yang dipelihara atau diternak di dalam kolam akan diberi makanan seperti cengkerik, belalang, udang, anak ikan, katak, ulat gandum dan pelet.

Bab kelima pula menerangkan tentang punca penyakit dan rawatan yang perlu dilakukan apabila arowana yang dipelihara menghidapi penyakit. Tanda-tanda awal arowana berpenyakit dijelaskan supaya pemelihara dapat mengenal pasti ikan kesayangan mereka seperti warna yang semakin pucat dan tidak bermaya, bahagian hujung sirip yang pecah-pecah dan bergerigi, tidak mahu makan atau morfologi badannya kelihatan tidak normal. 

Ikan yang berpenyakit perlukan rawatan, namun memerlukan kos dan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, penjagaan yang sempurna terutama mutu air perlu diambil kira sebelum ikan ini dijangkiti penyakit. 

Individu yang ingin memelihara ikan ini, tetapi tidak mengetahui cara penjagaan di dalam akuarium bolehlah mendapatkan penjelasan lanjut yang dihuraikan dengan lengkap dalam buku ini yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini.
__
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Januari 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews